RMMICT@FACEBOOK

Isnin, Julai 04, 2011

Amalan Menjaga Keselamatan Komputer

Secara umumnya, bagi pengguna komputer biasa mengetahui bahawa komputer memerlukan perisian antivirus bagi menjaga keselamatan komputer mereka. Tetapi masih ramai tidak mengetahui bahawa mempunyai antivirus bukanlah satu-satu aspek yang perlu ada dalam menjaga keselamatan komputer. Terdapat beberapa perkara atau aspek penjagaan komputer yang perlu diambil kira dan ia juga tidak kurang pentingnya. Beberapa perkara di bawah pastinya anda telah ketahui namun perlu diingatkan semula agar dijadikan amalan bagi menjaga keselamatan komputer, data maklumat dan sebagainya.

1. Antivirus - gunakan yang berlesen dan jika boleh hindarkan perisian antivirus yang percuma. Terdapat ramai pengguna cuba menginstall / memasang antivirus percuma dengan memuat turunnya di internet. Apa yang berlaku, bukan antivirus yang dimuat turun tetapi virus !! Anda juga di saran kuat memasang perisian antispyware.

2. Kata laluan (password) yang kuat. Ini bermakna, kata kunci anda bukan mudah dan dapat difikir oleh orang lain. Sebagai contoh menggunakan nombor ic / kad pengenalan sebagai kata kunci. Terdapat kes di mana rakan sekerja berjaya memasuki email rakannya dengan hanya mencuba nombor ic. Seterusnya dengan begitu banyak aplikasi yang disertai seperti email, facebook, twitter dan sebagainya, adalah tidak digalakkan menggunakan kata laluan yang sama. Dari segi aspek mengingat kata laluan adalah mudah namun dari segi keselamatan, ia tidak praktikal digunakan . Pasti anda sendiri tahu mengapa.

3. Buat sandaran data - Sentiasalah buat  sandaran data (data backup) kerana malang adalah tidak berbau. Antara cara yang mudah adalah menyimpan di dalam cakera keras luaran (external hard disk) dan di dalam thumbdrive. Pastikan juga , data penting tidak disimpan di dalam sistem (local C:). Sebaiknya simpan data di dalam ruang simpan yang lain pada cakera keras (pemacu d: contohnya) Ini kerana jika pc / laptop perlu diformat, hanya pemacu c: yang akan diubah kerana di dalam bahagian inilah sistem komputer disimpan.

4. Berhati-hati ketika memuat turun - Pastikan hanya kawasan/laman web  untuk memuat turun yang dipercayai selamat sahaja digunakan. Jika tidak pasti, adalah disarankan menggunakan sedikit masa untuk bertanya kepada sesiapa yang mengetahui. Terdapat banyak kes di mana, pengguna tidak sedar memuat turun  bahan yang dikehendaki bersama-sama dengan spyware (pengintip cyber) tanpa disedari. Spyware yang dimuat turun tanpa anda sedar ada yang berupaya memasang sendiri secara automatik ke sisitem komputer anda dan tanpa anda sedar juga mencuri data maklumat anda. Kadang-kadang spyware akan menyebabkan sistem anda rosak dan perlu diformat sebagai jalan terakhir membetulkan komputer/laptop anda.

5. Email yang tidak diketahui punca datang - Email jenis ini juga disebut sebagai SPAM. Email jenis ini biasanya  datang dengan tajuk yang menggoda dan merisaukan anda. Menggoda dengan tawaran hadiah atau wang yang lumayan dan merisaukan anda dengan mengatakan maklumat bank anda perlu untuk dikemaskini kerana jika tidak anda akan menghadapi masalah. Ada kes, guru ICT sendiri telah terkena.. Hairan hairan....

6. Jangan 'online' bila anda tidak 'online' - Jika anda tidak menggunakan komputer, PASTIKAN ia tidak berada dalam keadaan online. Putuskan talian kerana anda tidak akan tahu bila ada seseorang memerhatikan anda. Jika anda tidak sign out sebagai contoh laman bank atau email, maka tidak mustahil ia bakal dicerobohi. Komputer yang terpasang dalam keadaan online yang terlalu lama juga boleh menyebabkan spyware mengunjungi anda...

7. Tutup komputer dengan cara betul - berikan sedikit masa untuk menutup komputer dengan cara yang betul. Menutup komputer secara tergesa-gesa boleh menyebabkan cakera keras(hard disk) anda rosak sedikit demi sedikit. Bagi pengguna laptop, menutup dengan membiarkan ia dalam keadaan standby bakal mempercepatkan lagi laptop anda kondem !!! Rakan saya sendiri telah terkena....

**Oleh itu... 'Selamat beramal !!!"...entri yang turut mengingatkan diri sendiri kerana benda biasa yang diketahui inilah yang biasa kita buat tak reti....


sumber asal : http://www.100penulis.com/

0 comments :

Kata-kata Bermakna


"Inovation has nothing to do with how many R&D dollars you have. It's not about money. It's about the people you have, how you're led, and how much you get it....It's rare that you see an artist in his 30s or 40s able to really contribute something amazing- Steve Jobs"..."If you born poor, it’not your mistake. But if you die poor, it’s your mistake....I don't know' has become 'I don't know yet....Your most unhappy customers are your greatest source of learning - Bill Gates"