Aplikasi Pendokumentasian PBS ICT Versi 2016

Terkini dengan Kemudahan Import Data APDM Lebih 500 buah sekolah telah menggunakannya

TERKINI: Borang Baru Pentaksiran Berasaskan Sekolah SPM ICT

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS ICT 2013) kini menggunakan borang SSF bagi menggantikan BSF

Aplikasi Internet Keepvid

Gunakan Keepvid untuk menukar format video youtube kepada pelbagai format.

Pautan Web/Blog Guru-Guru ICT Malaysia

Layari laman web/blog guru-guru ICT Malaysia.. Kenali Laman-laman pendidikan di Malaysia...

Modul Soalan-Soalan Berdasarkan Subtopik

Modul Soalan-Soalan Berdasarkan Peperiksaan Sebenar. Disusun mengikut subtopik.Telah dikongsi jawapannya kepada lebih 800 buah sekolah seluruh Malaysia. Percuma !!!

TERBARU- Analisis Soalan ICT SPM 2007-2013

Analisis Soalan Seksyen B dan C

RMMICT@FACEBOOK

Khamis, Disember 31, 2009

Selamat Tahun Baru 2010


Cepat masa berjalan. Saya juga tidak mahu ketinggalan menaip pos terakhir tahun 2009. Tiada siapa mengetahui apa yang bakal kita lalui tahun hadapan. Kita merancang tuhan menentukan. Jangan bercakap tentang azam, tak berbaloi cuma ada dua tiga azam apabila tiba tahun baru. Terlalu banyak perkara yang boleh dijadikan sebagai azam tahun baru. Saya  lebih gemar melihat apakah teknologi komputer yang bakal diketengahkan pada tahun hadapan. Salah satunya adalah Sistem Pengoperasian Google Chrome (Google Chrome OS). Saya telah terangkan mengenainya pada pos 16 Sept.yang lalu(kategori internet dan aplikasi). Ianya bakal dilancarkan pertengahan tahun 2010 nanti. Bagaimana rupa OS ini agaknya.Klik SINI jika ingin mengetahuinya dengan lebih lanjut. Bacaan terbaru saya menyatakan OS ini bakal menjadi target para hackers bagi menguji sistem keselamatannya. Selamat Tahun Baru kepada anda semua !!!

Selasa, Disember 29, 2009

Computer Network (Chapter 3)

Computer Networks
A system of interconnected computer and peripheral Device. Interconnected computing device can communicate with each other through defined rules Of data communicating using hardware and software. May operate on wired or wireless connection.
System yang menyambungkan pc dengan peranti luaran Peranti penyambungan komunikasi boleh berinteraksi Antara satu sama lain dengan menggunakan perkakasan Dan perisian yang telah ditetapkan cara dan peraturannya.Boleh beroperasi samada secara wayar atau tanpa wayar






































Advantages of Network
  1. Sharing of peripheral devices.
  2.  Sharing of program/software.
  3.  Sharing of files.
  4.  Sharing of data.
  5.  Sharing of information.
  6.  Sharing of internet connection.
  7.  Access to database.
  8.  Better communication.

Isnin, Disember 28, 2009

Ibarat katak bawah tempurung

6 hari tanpa melayari internet, tak tentu arah rasanya. Nak marah telekom tak boleh pulak. Talian dipotong sementara kerana TNB menanam kabel didepan rumah. Sibuk sekarang potong sana potong sini. Bukan tak nak potong, dah duduk kampung beli broadband pun tak guna. Apa lagi P1 Wimax.. nak mimpi dapat sampaike kampung pun tak berani.. Banyak benda yang tertinggal 6 hari ni..

Isnin, Disember 21, 2009

Seminggu tanpa 'new post'

Hampir seminggu tanpa menulis sebarang pos dihabiskan dengan pelbagai aktiviti keluarga. Sambil-sambil tu baca mana-mana blog yang saya follow. Sebelum ni asyik sibuk follow jadi kuranglah membaca apa yang penulis blog itu tulis. Dari pengamatan saya berdasarkan blog-blog yang di 'follow' (dengan izin..), kebanyakan penulis-penulis blog ini rata-ratanya adalah remaja. Ini memberikan petunjuk kepada beberapa perkara. Antaranya menunjukkan internet bukan lagi satu perkara asing bagi remaja di Malaysia dan juga membuktikan bahawa remaja-remaja Malaysia sangat suka menulis dan berkongsi bermacam perkara sama ada berkaitan peribadi atau sebagainya. Banyak 'follower' menunjukkan banyak pembaca dan popular. Jangan kita cemburu jika blog remaja yang paling ramai 'followe' dan popular.  Agaknya kenapa ramai golongan terpelajar seperti pensyarah dan sebagainya kurang menjadikan blog sebagai medium mereka untuk berkongsi ilmu dan percambahan minda?? Ini tidak terjadi di lain negara. Saya berikan link kepada blog-blog pendidikan di luar negara (KLIK SINI).. Saya dalam proses mengumpul blog-blog pendidikan di dalam negara. Sekadar untuk membuktikan bahawa negara kita juga tidak ketandusan blog-blog terpelajar.. Jika ada yang telah mengumpul seperti saya harap dapat kita berkongsi. Berjumpa lagi untuk pos cerita ICT nanti...

Selasa, Disember 15, 2009

Panduan Lengkap Google Wave


Saya ingin kongsikan kepada semua panduan lengkap menggunakan google wave. Mengandungi 8 bahagian dan ianya mudah untuk difahami. Klik pada gambar.

Isnin, Disember 14, 2009

100 best Youtube Video untuk pendidik


Walaupun YouTube telah disekat daripada dapat dilayari di sekolah, untuk alasan yang jelas dan yang tidak begitu jelas, youTube telah menyediakan sumber dan kandungan yang besar bagi para guru dan pelajar. Cuba lihat dan ekplorasi sendiri senarai Top 100 Videos untuk guru di mana senarai ini dibuat oleh SmartTeaching.org. 
Terbahagi kepada SEJARAH, SAINS, BAHASA, SENI, INSPIRASI, PENGURUSAN KELAS, LANGKAH DAN PANDUAN , TEKNOLOGI DAN JENAKA.. Klik pada teruskan membaca...

Sabtu, Disember 12, 2009

Programming (Chapter 5)


Jumaat, Disember 11, 2009

Gajet Tambahan Google Wave

Salah satu gajet tambahan dalam google wave adalah video chat. Video chat ini menggunakan 6rounds.. Seperti yang dilihat pada gambar terdapat 5 bahagian iaitu gifts, effect, activities , games dan skins.. Gifts membolehkan anda memberikan pemberian seperti kucupan dan sebagainya. Effect contohnya seperti paparan wajah yang bergoyang-goyang atau menghantar bom. Games membolehkan anda bermain bersama seperti permainan chess. Skins adalah  paparan luar yang mengikut mood anda ketika itu. Apa yang menarik adalah pada bahagian aktivities. Anda boleh membuka youtube, facebook dan beberapa lagi bagi paparan bersama. Jangan bimbang, sekiranya anda tiada akaun wave, anda masih boleh menggunakan 6rounds ini dengan membuka akaun anda sendiri. Klik pada pautan di SINI.. Selamat mencuba..

Isnin, Disember 07, 2009

Google Wave VS Skype

Saya telah terangkan sebelum ini apakah itu google wave. Saya juga telah mempunyai akaun google wave dan telah mencubanya bagi peringkat percubaan. Menggunakannya memerlukan saya untuk mencuba gajet-gajet yang sedia ada dan gajet-gajat tambahan yang ditawarkan. Dalam mencubanya saya membandingkannya dengan SKYPE. Google wave pada saya mempunyai paparan menarik dan sama seperti Skype membenarkan penggunanya berinteraksi secara chatting, bercakap secara video jika mahu. Untuk lebih mudah saya cuba untuk menunjukkan perbezaan dari segi fungsi dalam bentuk jadual.. namun begitu..perbezaan ini merupakan pandangan awal saya sahaja. sila klik pada teruskan membaca di bawah..

Khamis, Disember 03, 2009

Google Wave Account

Kini saya telah mempunyai akaun google wave !! Bagi yang baru mengenalinya boleh membaca pos saya yang terdahulu tentang google wave atau terus ke SINI. Saya kini dalam proses mengeksplorasi google wave ini. Kepada sesiap yang berminat, anda perlu mendaftar dengan google. Dalam beberapa harii google akan memberikan akaun google wave anda... Jika sesiapa yang telah mempunyai akaun google wave ini, sila-sila lah berkongsi pengalaman anda menggunakannya.

Rabu, Disember 02, 2009

Standard Guru Malaysia (SGM)

Tawau, Dis 2 (Bernama) - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melancarkan Guru Malaysia Standard (Standard Guru Malaysia atau SGM) dokumen-dokumen sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk menempatkan sistem pendidikan bangsa menjadi setara dengan standard global dan menghasilkan kelas sumber manusia di kalangan orang Malaysia.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pendidikan, menyatakan berdasarkan dokumen semua guru wajib mempunyai tiga aspek dihargai amalan mengajar iaitu profesionalisme, pengetahuan, dan pelajaran tinggi dan kemahiran belajar.

"Ketiga aspek merupakan komponen penting standard guru yang harus dicapai oleh setiap guru di negara kita," katanya.

Isnin, November 30, 2009

Perisian Pelbagai Guna


Perisian ini pada saya sememangnya sangat pelbagai guna. Terdapat 5 bahagian utama yang ditawarkan iaitu meningkatkan prestasi (increasing performance), membebaskan ruang cakera keras (free up disk space), membersihkan tetingkap (clean up windows) , menyesuaikan tetingkap (customize windows) ,  dan alat tambahan (additonal tools). Pada saya bahagian customize windows sangat menarik kerana terdapatnya aplikasi bagi menggantikan 'logon screen' , 'boot screen' dan 'visual style'. Menarik kerana ia mudah dan cepat digunakan.. Namun begitu, sesuai dengan perisian yang menawarkan aplikasi pelbagai guna, maka ia bukan la percuma..



Rabu, November 25, 2009

PC Assembling (Chapter 2)


Assemble the components of a pc.(step)
          Fixing the processor
          Installing the ram
          Installing the power supply
          Installing the optical drive (dvd or cd)
          Attaching the video card & connecting the cables
          Installing the floppy drive
          Installing the hard disk
          Connecting other peripherals
          Powering the system
          Memasang unit pemprosesan pusat
          Memasang ram
          Memasang bekalan kuasa
          Memasang pemacu optikal (cd atau dvd)
          Memasang kad video dan kabelnya
          Memasang pemacu floppy
          Memasang cakera keras
          Menghubungkan lain2 sambungan
          Membekalkan kuasa kepada sistem
 
List component for assembling a pc
          Casing








          Processor








          Motherboard









          Memory (ram)








          Hard disk








          Optical drive






          Floppy disk drive








          Mouse








          Video card








          Monitor






          Sound card







          Cables










          Speaker














          Screwdriver


Isnin, November 23, 2009

ICT SPM 2009

Hari ini pelajar ICT saya selesai menjawab soalan SPM matapelajaran tersebut. Biasalah, ada kata susah, ada yang kata senang dan ada yang diam je.. Usaha dan dilakukan maka kini berdoa sahaja. Semoga mendapaty keputusan yang diinginkan. Seperti biasa selepas peperiksaan yang kini sudah kali ke3 saya menghadapinya, saya menyemak soalan dan bertanya samada telah cukup ilmu yang dicurahkan.. Entahlah...rasa-rasa cukup dan rasa-rasa tak cukup.. Walaubagaimanapun sempat juga fotostat soalan tersebut selepas selesai peperiksaan Saya sudah masukkan ke blog ini dan boleh didapati pada ruangan kategori muat turun..

Ahad, November 22, 2009

Top 100 Tools For Learning 2009


Pada pos 3 Nov saya telah 'link' kan ke laman web slideshare ini.  Saya 'embed'kan kini ke blog saya. Top 100 Tools for Learning 2009
View more documents from Jane Hart.

Sabtu, November 21, 2009

Kenali Google Wave

Google Wave adalah sebuah aplikasi untuk komunikasi 'real time' dan kolaborasi. Gelombang(wave) boleh menjadi sebuah perbualan atau dokumen di mana orang boleh berbincang dan bekerja bersama dengan menggunakan teks, foto, video, peta, dan banyak lagi.
Apa itu gelombang(wave)?.... klik teruskan membaca..

Jumaat, November 20, 2009

Aplikasi google wave

Tonton video teknologi terbaru daripada google, google wave..

Bila hendak gunakan google wave? klik pada teruskan membaca..

Aplikasi Google Untuk Pendidik


Untuk para pendidik..sila taip google for educator.. Terdapat dua bahagian utama iaitu search dan communicate,show and share. Jika anda seorang pendidik membaca pos ini berrmakna anda seorang yang celik ICT. Adakah dalam banyak aplikasi yang diberi google ini ada yang kita gunakan dan adalah ia secara berterusan? Tidak perlu untuk kita gunakan semua aplikasi yang diberi kerana pada pendapat saya yang penting bagaimana kita menggunakannya secara maksimum terhadap pelajar.

Rabu, November 18, 2009

Untuk Teman-Teman Pendidik (1)

Seiring dengan perkembangan dunia web 2.0 masa kini, bagaimanakah caranya dapat kita memanfaatkan sepenuhnya teknologi ini. Cukupkah jika kita sahaja yang mengaplikasikannya tanpa berfikir bagaimana boleh kita libatkan bersama para pelajar kita. Termasuk juga kepada diri saya sendiri, tidakkah kita terfikir bahawa penggunaan teknologi web2.0 dengan penglibatan pelajar dapat memberi pengalaman seterusnya meningkatkan pengetahuan pelajar. Penglibatan pelajar bermaksud pelajar terlibat sekali dalam menggunakan teknologi dan tidak cukup jika kita sahaja sebagai pendidik menggunakan teknologi secara sehala iaitu menunjukkan sahaja. Pada pendapat saya...

Selasa, November 17, 2009

Akibat dari antispyware tamat tarikh guna..


Pernahkah skrin anda dipaparkan dengan pernyataan seperti yang ditunjukkan??  Ini terjadi kepada komputer rakan saya pagi ini. Menurutnya ia terjadi selepas perisian antispyware yang digunanya tamat tempoh percubaan.  Maka adakah sebab perisian antispyware itu sendiri yang secara automatik memberi pernyataan tersebut ?? Adakah juga bertujuan agar kita membeli perisian tersebut ??Perisian antivirus sedia ada yang mempunyai perlindungan antispyware gagal mengatasinya. Langkah awal yang saya lakukan adalah 'uninstall' perisian antispyware yang digunakan..gagal menghilangkannya.. kemudian cuba menukar 'background' desktop..gagal !! Saya mencuba pula menggunakan 2 jenis antispyware/ antivirus yang lain.. gagal !! Kemudian cuba pula dengan 'system restore'... juga gagal !! Bersihkan registry.. gagal !! Cuba pula untuk buka windows dalam bentuk 'safe mode' dengan tujuan restore sistem.. gagal!! malah keluar pula paparan biru mengatakan 'dump memory'.. Akhirnya...

Isnin, November 16, 2009

Pautan ICT (File Free Hosting)

Di bawah disertakan pautan bagi anda memilih jenis-jenis 'file free hosting', saiz yang diberi dan komen-komen mereka yang menggunakannya..
1.http://www.funponsel.com
2.http://www.smashingdownloads.com
3.http://www.hongkiat.com
4.http://www.freewebspace.net

Storan (free file hosting)


Terdapat pelbagai laman yang menawarkan storan untuk anda pada masa kini. Maksud mudahnya bagi mereka yang baru ingin mengetahui adalah cara yang saya gunakan pada bahagian memuat turun dalam blog ini. Seperti yang disebut dalam pos sebelum ini (storan untuk blogspot) saya menyalin (copy) url fail yang saya simpan pada wordpress dan menampalnya (paste) pada blogspot ini. Maka jika sesiapa memuat turun fail pada blog ini bermaksud mereka sebenarnya mengambil fail yang...

Jumaat, November 13, 2009

Apa itu malware..



Secara ringkas.. malware merupakan perisian berbahaya yang direka untuk menyusup atau merosakkan sistem komputer tanpa kebenaran pemilik. Ungkapan malware adalah istilah umum yang digunakan oleh profesional komputer bagi menunjukkan maksudnya iaitu memusuhi, mengganggu, atau perisian atau program yang mengganggu kod. Terdapat beberapa jenis malware.. Anda dapat mengetahui secara lanjut mengenainya pada pautan di SINI atau download di SINI...

Jahat sungguh orang itu !!!

Laman web sekolah saya (www.smkrmm.edu-my.net) mulai semalam gagal dibuka kerana dipercayai telah diserang malware.. Kenapa laman web sekolah yang diserangnya. Serang la laman web-laman web yang tidak elok tu.. Laman web sekolah kini dalam proses pembaikan.. Paparan di bawah terpapar apabila laman web sekolah cuba dibuka..Kenali malware selepas ini..

Pautan ICT (Untuk guru dan pelajar)

Berikut beberapa pautan laman web dan blog yang sesuai untuk guru dan pelajar dalam menambahkan pengetahuan tentang dunia ICT.
1. http://alison.com/ (sesuai bagi merasai pengalaman pembelajarann secara online dan ilmu-ilmu berkaitan ICT).
2. http://www.computersciencelab.com (ketahuilah sejarah tentang dunia komputer. Penerangan yang jelas, lengkap dan gambar-gambar yang tidak pernah dilihat.)
3. http://edtechpower.blogspot.com/  (blog yang menghimpunkan ramai golongan pendidik luar negara dan memperkatakan tentang ICT dalam P&P.)

Beringat sebelum kena

Ramai antara kita apabila telah mem'format' komputer sendiri barulah tercari-cari 'driver' . Bagi yang menghantar ke kedai tiada masalah mengenainya. Untuk yang mem'format' sendiri komputer mereka hendaklah kita membuat 'backup' driver  agar tidak mendatangkan masalah di kemudian hari. Ini kerana lain komputer dan jenis lain ragamnya. Apatah lagi bagi mereka yang jenis sukar untuk mencari 'driver'.  Bagi  mengelakkan masalah tersebut..




Jumlah pengguna Facebook, Twitter, Friendster dan MySpace

Jumlah pengguna keempat-empat aplikasi web sosial di atas sentiasa meningkatkan setiap hari. Berikut adalah anggaran pengguna aplikasi-aplikasi tersebut sehingga tarikh ia dinyatakan.
1. Facebook - mempunyai ahli lebih dari 300 juta pengguna di seluruh dunia. (15Sept.2009)
2. Twitter - aplikasi mikroblogging ini mempunyai 50 juta ahli. (1 Sept 2009)
3. Friendster – ‘Raja’ sebelum Facebook,Twitter dan Myspace kini mempunyai jumlah ahli seramai 115 juta dan banyak berpusat di Asia Tenggara ( 1 Okt 2009)
4. Myspace – Seramai 123 juta orang menjadi ahlinya di seluruh dunia (16 June 2009)

Klik pada pautan di bawah bagi maklumat lanjut…

Sejarah ringkas Facebook, Twitter, Friendster dan Myspace

Facebook adalah laman web sosial yang membenarkan pengguna untuk berkomunikasi dengan rakan mereka dan saling bertukar maklumat. Diasaskan pada 4 Februari 2004 oleh bekas pelajar Sekolah Tinggi Ardsley dan Universiti Harvard pada 2006, Mark Zuckerber.Twitter diasaskan oleh Jack Dorsey, Biz Stone, dan Evan Williams pada bulan March tahun 2006. Sangat popular di Amerika Syarikat seperti juga Facebook . Sangat popular kerana kesederhanaannya dalam berkomunikasi secara ringkas. Manakala Friendster ditubuhkan di Mountain View, California oleh Jonathan Abrams pada 2002.Memberi tumpuan kepada pengguna berhubung bersama rakan. Sama fungsi seperti friendster iaitu Myspace (August 2003) yang beribu pejabat di Beverly Hill, California, Amerika Syarikat.
sumber : wikipedia

Khamis, November 12, 2009

Facebook, Twitter, Friendster, My Space HARAM ????

Langkah beberapa negara yang sebelum ini yang mengharamkan facebook di jabatan kerajaan akhirnya berlaku juga di negara kita. Mengikut pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia bertarikh 13 Oktober (KP.BPM/1/061/21 Jld.12(60).. penyekatan aplikasi sosial di KPM akan dilakukan secara serta merta. Aplikasi yang terlibat adalah facebook, myspace, friendster dan twitter. Jika negara lain cuma mengharamkan facebook, negara kita mengharamkan 4 aplikasi sosial yang popular sekaligus. Apakah sebab dan apakah kesan dari perkara ini. Apakah kerana nila setitik rosak susu sebelanga ??

Rabu, November 11, 2009

Software (Chapter 2)

2 Types

A) SYSTEM SOFTWARE

i. Operating System
ii. Utility Program

i. Operating System
- Proprietary Software (Perisian Tertutup Berbayar)
- Open Source Software (Perisan Sumber Terbuka-Percuma)




























































ii. Utility Program




































A) APPLICATION SOFTWARE

i.  Word processing


























ii. speadsheet





















iii. Presentation






















iv. Graphic editor







Kata-kata Bermakna


"Inovation has nothing to do with how many R&D dollars you have. It's not about money. It's about the people you have, how you're led, and how much you get it....It's rare that you see an artist in his 30s or 40s able to really contribute something amazing- Steve Jobs"..."If you born poor, it’not your mistake. But if you die poor, it’s your mistake....I don't know' has become 'I don't know yet....Your most unhappy customers are your greatest source of learning - Bill Gates"